Friday, September 4, 2009

Pelancaran Lagu "Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda"

Seperti yang telah kami janjikan sebelum ini, Raihan akan melancarkan single terbarunya bertajuk "Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda" pada 9 September 2009 (Rabu) sebagai buah tangan terhadap sokongan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami. Lebih istimewa lagi kali ini kami tampil bersama-sama dengan kumpulan HUJAN dalam lagu tersebut. Pelancaran tersebut akan disempurnakan di Kelana Sentral bersama-sama dengan pakej berbuka puasa. Lagu istimewa Syawal ini akan mula dimainkan di corong-corong radio tidak lama lagi.

Kepada anda yang berminat untuk membuat tempahan meja pada hari tersebut, sila hubungi Encik Syawal di talian 012-6503699.

Bagi memuat turun Nada Dering Pemanggil "Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda":
Untuk MAXIS, dail *131*143642# dan tekan "CALL"

Persembahan pertama Raihan dan Hujan yang membawakan lagu Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda secara aqoustic untuk Rakaman MELODI RAYA

Ketika Raihan dan Hujan sedang membuat sesi rakaman di KS Studio baru-baru ini

4 comments:

arizWanmerahs said...

Salam buat tuan rumah ni, semoga segala amal dbln mulia ni akan diberkati..

KEKENTANG said...

salam buat tuan rumah.. code callerringtones salah lah.. xbleh pown

Anonymous said...

code 143642 je tuh diowg slp tulis..huhu..

Raihan said...

Waa'laikum salam..

Maaf atas ralat yang telah berlaku.

Kod sebenar ialah *131*143642# seperti yang telah diperbetulkan dalam entri. Maaf atas segala kesulitan.

Terima kasih kerana melawat blog Raihan Nasyeed.

Post a Comment

RAIHAN FRIENDS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates