Friday, September 11, 2009

Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Pada 9 September 2009, Raihan bersama Hujan telah berjaya melancarkan lagu raya "Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda" yang dibuat di Kelana Sentral. Rakaman klip video untuk lagu ini juga telah dirakamkan di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Diharap para peminat dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini.



Gambar rakaman klip video "Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda"
di Kampung Baru.

Lagu ini ditulis oleh Saudara Abu Bakar Md Yatim (Raihan) . Susunan muzik lagu ini disusun oleh Hujan manakala susunan vocal oleh kumpulan Raihan. Kedua-dua kekuatan ini digabungkan di dalam lagu ini maka tehasillah sebuah kerjasama yang unik.

Lagu ini mengisahkan keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran.

Kita perlu sedar, dalam kemeriahan Syawal yang bakal menjelma, kita perlu mengenang jasa kedua orang tua kita yang sejak kita kecil sentiasa berusaha memenuhi kehendak anak-anaknya ini. Jadi, hargailah mereka dan sayangilah kedua ibu bapa kita selagi kita punya peluang. Kita sebenarnya tidak akan mampu membalas jasa dan membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si mereka. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibu bapanya.

Untuk muat turun Nada Dering Pemanggil lagu ini, sila pergi ke laman web Metamobile dan anda boleh mendengar lagu ini melalui pautan YouTube mereka.


0 comments:

Post a Comment

RAIHAN FRIENDS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates