Sunday, November 8, 2009

Terus Melebar

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

KEINGINAN Raihan untuk menjayakan Konsert Eid Celebration di Leicester Hall, London pada 24 September lalu tidak kesampaian. Gara-gara dikejutkan dengan isu anti Islam dengan slogan ‘Stop Islamisation Of Europe (SIOE)’ oleh penduduk di sana, hajat mereka terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, kesulitan berkenaan bagai sudah menjadi rencah dalam perjalanan seni mereka. Meskipun sedikit kecewa, namun ia tidak mematahkan semangat Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Zulfadli Mustaza dan Amran Ibrahim untuk terus meneroka ruang pasaran luar negara.

Menurut Che Amran, sebaik dimaklumkan mengenai penangguhan konsert, mereka agak kecewa lebih-lebih lagi sudah membuat persediaan untuk menghiburkan penonton di sana.

“Kami giat mengadakan latihan demi memastikan persembahan untuk tiga malam berturut-turut itu berlangsung dengan lancar. Tetapi, tidak sangka ia terpaksa ditangguhkan tiba-tiba atas sebab pakatan demonstrasi anti-Islam.

“Entah sampai bila kami pun tidak tahu. Mungkin perbincangan akan diadakan kembali apabila keadaan di sana reda,” katanya.

Walaupun tidak berpeluang ke London, Raihan masih gah mengukuhkan nama di persada antarabangsa. Penghujung bulan lalu, Raihan berpeluang menjejakkan kaki di benua Amerika Selatan iaitu Trinidad dan Tobago (TNT).

Meskipun ia menjadi kunjungan kedua mereka ke sana, berpeluang mengadakan persembahan selama tiga hari sempena Aidilfitri dan Aidiladha peringkat kebangsaan negara itu sudah cukup untuk mereka mengubat hati mengadakan persembahan di luar negara.

“Alhamdulillah, mungkin rezeki kami selepas persembahan di London tidak kesampaian. Terima kasih kepada Air Asia kerana menaja penerbangan kami ke sana manakala perjalanan dari London ke Port of Spain pula ditaja organisasi badan pertubuhan bebas dari TNT.

“Selain itu, konsert kami pula dianjurkan oleh Anjuman Sunnah Jamaat Association (ASJA), San Fernando, Trinidad. Jika di sana, ASJA cukup terkenal kerana ia adalah badan induk warga Muslim yang aktif menyampaikan dakwah,” katanya.

Tambah Che Amran, berdasarkan sambutan lalu, Raihan membuka lembaran baru bagi dunia hiburan Islam di benua Amerika Selatan yang terkenal dengan hiburan samba. Ironinya, kami diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di sana.

“Lagu-lagu Raihan turut dihafal oleh mereka yang majoritinya berbahasa Inggeris. Walaupun mereka tidak memahami sebahagian lagu berkenaan namun ia tidak menjadi halangan untuk mereka menghafal lagu kami.

“Namun, terdapat juga lagu kami yang pelbagai bahasa seperti Inggeris dan Arab malah ia juga menjadi daya penarik masyarakat setempat untuk menghayati mesej yang terkandung di dalam lagu itu.

“Alhamdulillah atas penerimaan mereka. Tambah terharu, duta besar Amerika Syarikat juga terhibur dengan persembahan kami di sana. Malah, dia turut mengagumi kejayaan kami yang berjaya menjelajah ke seluruh dunia merentasi enam benua sepanjang 13 tahun menjadi artis nasyid antarabangsa,” katanya.

Tambah mengagumkan, Raihan seakan-akan satu ikon Islamik yang menjadi kebanggaan penduduk negara itu. Mereka juga sudah membuktikan dakwah melalui muzik berjaya menarik minat pelbagai golongan untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Selain itu, ramai juga tidak tahu mengenai produk terbaru Raihan dalam bidang animasi. Menjalinkan kerjasama dengan Saba Islamic Media (SIM), komik dan VCD animasi Raihan berjudul Raihan Rangerz sudah pun berada di pasaran.

“Menggabungkan idea dari kami dan kepakaran dimiliki SIM, akhirnya Raihan tampil dengan satu konsep baru. Kini, kami lebih dekat dengan anak kecil yang menyukai dunia kartun.

“Selain dapat menghiburkan kanak-kanak, misi kami untuk terus berdakwah juga tercapai. Malah, dakwah secara halus ini lebih mudah untuk diterima anak kecil.

“Sebab itu, kami tampil dengan komik dan VCD ini. Menceritakan mengenai empat anggota Raihan, Raihan Rangerz seakan-akan siri animasi Power Rangers. Bagaimanapun, ia adalah hasil idea kami sendiri dan tidak meniru mana-mana pihak,” katanya.

Wednesday, October 21, 2009

RAIHAN terbang ke Trinidad dan Tobago

Selepas pembatalan konsert Raihan di Leicester sebulan yang lepas atas beberapa masalah dan halangan yang tidak dapat dielakkan, Raihan kini sangat bersyukur kerana menerima jemputan daripada bumi Amerika Selatan pula. Beberapa jam lagi, RAIHAN akan terbang ke bumi Trinidad dan Tobago untuk mengadakan persembahan di festival tahunan Trinidad's Anjuman Sunnatul Jamaat (ASJA) pada 24 Oktober 2009. Raihan akan berada di sana daripada 21 Oktober hingga 27 Oktober 2009. Semoga perjalanan dan perjuangan dalam mengembangkan syiar Islam ini diberi laluan yang mudah oleh Allah S.W.T...ameen...


Berikut merupakan entri yang terdapat dalam laman sesawang "Muslims in the Carribean"

Malaysia's award winning nasheed band to tour Trinidad

Published October 6, 2009


Charlieville, Trinidad 2009-10-07: The President of Trinidad's Anjuman Sunnatul Jamaat (ASJA) Haji Yacoob Ali has announced that Malaysia's award winning, internationally acclaimed nasheed group RAIHAN will be performing at ASJA's annual Festival of the Two Eids on October 24th 2009. RAIHAN (pictured below) will be performing at the annual concert at Centre Point Mall in Chaguanas.

Wednesday, September 16, 2009

Raihan vs Hujan

Sumber:
Kosmo! Online
Penulis: HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


PELIK dan unik apabila melihat dua nama popular dari dua arena yang berbeza di atas satu pentas menyanyikan lagu bersama.


Siapa kata kumpulan nasyid tidak boleh bergabung dengan band indie? Buktinya, buat pertama kali dua nama popular daripada dua arena berbeza, band indie Hujan dan nasyid terkenal Raihan berkolaborasi dalam sebuah lagu raya.


Meskipun lagu yang berjudul Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda ciptaan sepenuhnya oleh ahli kumpulan Raihan, Abu Bakar Md. Yatim tetapi apabila susunan lagu dibuat oleh Noh dari Hujan, lagu raya baru ini kedengaran sungguh unik.


Tiada langsung bunyi lagu kumpulan nasyid sebaliknya ia lebih terarah pada muzik kumpulan Hujan.


Bercakap mengenai perkara itu, Abu Bakar memberitahu, kumpulan Raihan sememangnya berfikiran terbuka dan menyerahkan bulat-bulat kepada Hujan untuk membuat susunan muzik kerana lagu ciptaannya itu pada mulanya memang lagu raya untuk kumpulan nasyid.


"Kita memang nak bunyian muzik Hujan, kami tidak kisah untuk mencuba perkara yang baru dan melihat pada hasilnya kami serta Hujan berpuas hati," ujar Abu Bakar.


Terangnya lagi, meskipun mereka memiliki imej yang berbeza, itu bukan halangan untuk bersatu dalam muzik.


"Saya melihat Hujan sebagai anak muda yang cukup berbakat dan kami cukup gembira apabila dapat bekerjasama dengan mereka," ujarnya.


Sebenarnya ini bukan kali pertama kumpulan Raihan berkolaborasi dengan band rock kerana mereka pernah bekerjasama dengan kumpulan dari Indonesia seperti Sheila On 7 dan Gigi serta dari Malaysia bersama Awie dan Man Kidal tetapi Raihan tetap berbangga dengan kerjasama terbaru mereka ini.


Hujan terkejut!

Noh selaku vokalis kumpulan Hujan tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya apabila mereka dihubungi pihak Raihan yang berminat untuk berkolaborasi dengan Hujan pada tahun lepas.


Bagaimanapun setelah sekian lama, tiada khabar berita dari pihak Raihan, Noh menyangkakan semua perancangan tersebut berkubur begitu sahaja.


Namun, sangkaannya meleset apabila pada minggu pertama umat Islam berpuasa pihak Raihan menghubungi Hujan untuk merakamkan lagu raya bersama mereka.


"Bila mereka ajukan pertanyaan tentang kolaborasi bersama tahun lepas, saya dan anggota Hujan yang lain terus sahaja setuju tanpa berfikir panjang sebab siapa yang tidak mahu berduet dengan Raihan, satu nama yang besar.


"Ia memang satu penghormatan buat kami dan memang tidak sangka langsung. Tetapi yang lucunya ketika kami mula-mula dengar lagu yang mereka berikan bunyinya 100 peratus macam lagu nasyid dan saya mula fikir macam mana kami nak nyanyi lagu ini," tutur Noh.



Raihan

Tambahnya, setelah mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak Raihan, akhirnya terhasil lagu raya pertama band Hujan sepanjang bergelar anak seni dengan gabungan bunyi lagu nasyid dan indie.

"Saya akui masa mula-mula dengar lagu ini dalam kereta tanpa buat susunan yang baru, saya macam tidak yakin, rasa kelakar pun ada.


"Tetapi pihak Raihan memberikan kebebasan pada saya untuk mencorakkan lagu ini dan mereka yang nak lagu raya yang ada bunyi Hujan, hasilnya kami semua suka," ujar Noh.


Selain Noh, Hujan yang dianggotai oleh AG (gitar utama), Izzat (bass), Ambobzeela (drum) dan Hang Dimas Santoso (keyboard) memberitahu pembikinan keseluruhan lagu raya ini tidak mengambil masa yang lama iaitu hanya tiga hari sahaja bermula dari proses rakaman lagu sehinggalah rakaman klip video.


"Kami rakam lagu ini hanya satu hari, kemudian rakaman klip video satu hari dan suntingan satu hari, semuanya tiga hari sahaja berlaku pada waktu selepas solat terawih dan sebelum sahur setiap hari," kata AG.



GANDINGAN Raihan dan Hujan membuahkan kesegaran tersendiri kepada lagu Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda.

Disoal tentang perbezaan imej yang ditampilkan ketika berduet dengan Raihan, Hujan mengatakan tiada apa yang berubah meskipun mereka menyanyi bersama kumpulan nasyid.


"Kami tetap menjadi diri kami sendiri, cuma bila lagu raya kena pakai baju Melayu, itu sahaja. Tetapi kalau orang nak kritik kami tidak kisah kerana selama ini kami buat muzik untuk diri kami sendiri dan tidak kisah apa orang lain fikir tentang kami.


"Pemikiran dan pandangan itu hak individu, ada orang suka dan ada orang tak suka. Selama ini pun sudah banyak kali Hujan kena 'tembak' dengan pihak media, jadi kami sudah biasa," tutur Noh lagi.


Selepas kolaborasi bersama Raihan, Hujan memberitahu mereka mempunyai perancangan untuk membuat satu album ketuhanan tetapi semua itu masih dalam peringkat perbincangan.


"Kami berminat untuk buat album ketuhanan tetapi konsep dan bunyinya tetap Hujan, mungkin liriknya yang berbeza, tengoklah macam mana," kata pemain keyboard Hujan, Hang Dimas Santoso.




Raihan beraya di London

Sumber:
Harian Metro
Penulis: Elrafaei Sapi

ahmadelrafaei@hmetro.com.my


Hakikatnya, Raihan yang kini diterajui empat anggota iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Zulfadli Mustaza dan Amran Ibrahim mempunyai ramai peminat bukan hanya di negara ini malah merangkumi seluruh dunia.

Buktinya ketika mengadakan persembahan di luar negara, mereka meraih sambutan menggalakkan daripada peminat yang hadir.

Raihan yang popular menerusi lagu seperti Puji Pujian dan Allahu mencatat sejarah tersendiri dalam karier seni mereka dengan mengadakan persembahan jelajah di pelbagai lokasi di luar negara.

Antara destinasi yang pernah dikunjungi adalah Singapura, Indonesia, Thailand, Russia, Trinidad & Tobago, Kanada, Cape Town, Johannesburg, Manchester dan Glasgow.

Menyambung perjuangan dakwah menerusi muzik, Raihan sekali ini meraih kesempatan untuk mengadakan Konsert EID Celebration di Leicester Hall, London pada 24 September ini.

Sebelum ini, Raihan pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall, London pada Mac tahun lalu.

Menariknya, persembahan selama tiga malam berturut-turut ini berlangsung ketika Aidilfitri disambut umat Islam di seluruh dunia. Ini bermakna, Raihan bukan hanya mengadakan persembahan bersama peminat tetapi turut beraya di sana. Berbanding konsert yang pernah diadakan, kali ini Raihan bertuah kerana mendapat kerjasama AirAsia sebagai penajaan penerbangan rasmi.

Abu Bakar berkata Raihan berkeyakinan mengadakan persembahan kali ini berdasarkan sambutan ketika di Royal Albert Hall pada tahun lalu yang berjaya menarik perhatian lebih 5,000 penonton. Atas sambutan positif itu, Raihan mahu meneruskan usaha mereka untuk berhibur bersama peminat di sana.

“Peminat meminati Raihan daripada aspek kelainan muzik yang ditampilkan. Walaupun banyak kumpulan nasyid ditubuhkan tetapi Raihan tetap menampilkan keunikan seperti penggunaan alat muzik rebana dan kompang.


“Namun, saya tidak faham mengapa segelintir berpandangan muzik kami bukan dari Malaysia. Secara jujur, kami masih berbangga untuk membawa lagu bahasa Malaysia ke luar negara.

“Menariknya, ketika mengadakan persembahan di luar negara, ada peminat yang menghafal lagu bahasa Malaysia walaupun mereka tidak faham. Ini membuktikan peminat kami menerima muzik yang kami perjuangkan dan ia turut menjadi panduan pada kumpulan nasyid lain,” katanya.

Che Amran pula berkata Raihan mendapat peluang mengadakan persembahan di luar negara atas permintaan peminat di sana. Lalu, tidak timbul soal mereka hanya sibuk di luar negara sebaliknya sepi di negara sendiri.

Wakil AirAsia, Edd Razhe berkata hasrat syarikat penerbangan tambang murah itu menaja konsert Raihan ini atas dasar sokongan pada persada muzik tempatan.

Menerusi pencapaian Raihan yang sering meraih sambutan menggalakkan daripada peminat di luar negara, AirAsia juga berkeyakinan konsert kali ini berjaya.

“Kerjasama ini berlaku secara kebetulan apabila Che Amran menghantar idea kepada AirAsia untuk menjadi penaja konsert mereka kali ini. Menerusi pembabitan AirAsia ini, ia menjadi sejarah penajaan pertama kami untuk konsert artis di luar negara.

“Sebanyak RM300,000 dibelanjakan untuk kos pengangkutan membawa peralatan konsert termasuk 15 tiket untuk mereka. Bagi AirAsia, kerjasama ini membawa konsep menang-menang apabila kami juga mahu mempromosikan penerbangan ke London.

“Apa yang kami harapan, syarikat korporat lain sepatutnya tampil bekerjasama menjadi penaja untuk konsert artis tempatan ke luar negara. Saya sendiri terkilan mengapa syarikat korporat kurang membantu artis tempatan kita."

“AirAsia sendiri ada rancangan untuk mengadakan satu konsert artis tempatan di Los Angeles. Ia akan dibincangkan bersama pihak di sana nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Raihan melancarkan single, Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda duet bersama kumpulan Hujan. Pada majlis pelancaran itu diadakan di Kelana Sentral, Kelana Jaya Selangor baru-baru ini, Raihan turut menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk aspek pemasaran album Raihan bersama Metadome. Raihan diwakili pengurus, Mubin Abd Latif manakala Metadome, Pengarah Urusan, Ferhard Ahmad.



Monday, September 14, 2009

RAIHAN Bersama AIRASIA Di Konsert “EID CELEBRATION" Di London

Raihan seperti yang kita ketahui sering mendapat undangan persembahan di luar Negara sepanjang tahun. Kali ini kita mendapat perkhabaran gembira lagi buat artis tempatan dari Malaysia mengharumkan nama Negara di persada antarabangsa. Raihan sekali lagi akan berangkat ke kota London untuk ke sekian kalinya dalam menjayakan persembahan sempena perayaan Aidilfitri bersama masyarakat Islam Britain. Kali terakhir mereka mengunjungi London ialah pada Mac 2008 sempena persembahan bersejarah di Royal Albert Hall, London. Jika diimbau kembali persembahan tersebut , mereka telah mendapat penajaan penuh dari sebuah organisasi yang terkenal dengan aktiviti amal iaitu Islamic Relief. Apa yang jelas ialah kehadiran mereka ke sana bukan atas jemputan rakyat Malaysia di luar Negara.

Pada tahun ini, iaitu pada 23hb September kumpulan nasyid tersohor di serata dunia itu akan mengunjungi kota London dengan penajaan sepenuhnya dari Leicester Centre. Ini membuktikan bahawa Raihan telah mendapat kepercayaan sepenuhnya dari pihak luar di atas komitmen mereka menerajui irama nasyid kontemporari dunia.


Raihan akan berlepas ke London pada 23hb dan akan pulang pada 28hb September 2009. Apa yang istimewa kali ini ialah buat kali pertamanya mereka mendapat kerjasama daripada AirAsia selaku penerbangan rasmi mereka bersama dengan krew-krew yang lain. Selain Raihan, seramai 10 orang ahli muzik, wakil media dan wakil syarikat AirAsia akan mengiringi mereka semasa berada di sana selama 6 hari. Keseluruhan rombongan berjumlah 15 orang semuanya. Bagi AirAsia, Raihan telah membuktikan keupayan mereka mendominasi irama nasyid seantero dunia dengan pencapaian yang tidak boleh disangkal lagi. Mereka telah menjelajah ke seluruh 6 benua iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Selatan dan Australia. Ini juga satu kebanggaan bagi Malaysia yang ingin dikongsi oleh syarikat penerbangan terbaik dunia itu. Secara tidak langsung kedua-dua jenama ini telah mengharumkan nama negara di luar Negara.

Seperti yang dijadualkan, Raihan akan mengadakan persembahan di Leciester Hall selama 3 malam berturut-turut. Antara lagu-lagu yang bakal dibawa oleh Raihan termasuklah lagu –lagu dari pelbagai bahasa seperti Assolatuwassalam, Asmaul Husna, Thank You Allah, Allahu, Puji-pujian/Syukur, Your Face Is Bright, Rakan Selawat dan lain-lain lagi.

Walaupun keadaan ekonomi dan penularan wabak penyakit, pihak penganjur tetap yakin dengan mempertaruhkan Raihan sebagai tarikan utama demi menjayakan perayaan ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.leicestercentre.co.uk.

Friday, September 11, 2009

Lirik Lagu: Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda (Raihan feat. Hujan)


Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayangi selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus barcahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andai anakmu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Di Aidilfitri, di Aidilfitri...


Klip video daripada METAMOBILE



Persembahan RAIHAN & HUJAN ketika pelancaran lagu Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda di Kelana Sentral


Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Pada 9 September 2009, Raihan bersama Hujan telah berjaya melancarkan lagu raya "Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda" yang dibuat di Kelana Sentral. Rakaman klip video untuk lagu ini juga telah dirakamkan di Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Diharap para peminat dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini.



Gambar rakaman klip video "Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda"
di Kampung Baru.

Lagu ini ditulis oleh Saudara Abu Bakar Md Yatim (Raihan) . Susunan muzik lagu ini disusun oleh Hujan manakala susunan vocal oleh kumpulan Raihan. Kedua-dua kekuatan ini digabungkan di dalam lagu ini maka tehasillah sebuah kerjasama yang unik.

Lagu ini mengisahkan keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran.

Kita perlu sedar, dalam kemeriahan Syawal yang bakal menjelma, kita perlu mengenang jasa kedua orang tua kita yang sejak kita kecil sentiasa berusaha memenuhi kehendak anak-anaknya ini. Jadi, hargailah mereka dan sayangilah kedua ibu bapa kita selagi kita punya peluang. Kita sebenarnya tidak akan mampu membalas jasa dan membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si mereka. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibu bapanya.

Untuk muat turun Nada Dering Pemanggil lagu ini, sila pergi ke laman web Metamobile dan anda boleh mendengar lagu ini melalui pautan YouTube mereka.


Friday, September 4, 2009

Pelancaran Lagu "Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda"

Seperti yang telah kami janjikan sebelum ini, Raihan akan melancarkan single terbarunya bertajuk "Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda" pada 9 September 2009 (Rabu) sebagai buah tangan terhadap sokongan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami. Lebih istimewa lagi kali ini kami tampil bersama-sama dengan kumpulan HUJAN dalam lagu tersebut. Pelancaran tersebut akan disempurnakan di Kelana Sentral bersama-sama dengan pakej berbuka puasa. Lagu istimewa Syawal ini akan mula dimainkan di corong-corong radio tidak lama lagi.

Kepada anda yang berminat untuk membuat tempahan meja pada hari tersebut, sila hubungi Encik Syawal di talian 012-6503699.

Bagi memuat turun Nada Dering Pemanggil "Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda":
Untuk MAXIS, dail *131*143642# dan tekan "CALL"

Persembahan pertama Raihan dan Hujan yang membawakan lagu Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda secara aqoustic untuk Rakaman MELODI RAYA

Ketika Raihan dan Hujan sedang membuat sesi rakaman di KS Studio baru-baru ini

Thursday, September 3, 2009

Temui RAIHAN di Kelana Sentral


Malam ini kami akan bersama-sama peminat di Kelana Sentral. Anda akan dijamu oleh sajian Arab dan Cina Muslim yang pasti tidak menghampakan. Kami akan turut membuat persembahan pada malam ini. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, kita akan sama-sama bersolat maghrib, isya' dan solat sunat tarawikh secara berjemaah. Anda semua dijemput hadir.

Wednesday, September 2, 2009

Rakaman Melodi Raya

Pada 28 Ogos 2009 yang lalu, RAIHAN bersama-sama HUJAN telah bekerjasama dengan Melodi bagi membuat rakaman Melodi Raya secara acoustic. Tempat rakaman adalah di Sunway Lagoon.


Raihan

Persembahan secara akustik

Tuesday, September 1, 2009

Persembahan RABBANI Malam Ini

Seperti yang telah kami war-warkan sebelum ini tentang program Bufet Ramadhan yang dijalankan sepanjang bulan puasa ini, kami dengan berbesar hati menjemput semua umat Islam untuk hadir ke Kelana Sentral. Pada malam ini (1 September '09), kumpulan nasyid RABBANI akan membuat persembahan di pentas Kelana Sentral.


Marilah sama-sama kita memeriahkan suasana dan memuji keagungan Allah yang memberi kesempatan kepada kita untuk berada dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Anda boleh menghubungi:
Syawal (H/P:012-6503699)


Alamat Kelana Sentral:
Lot RG 8 Tingkat Bawah Kelana Sentral,
Jalan Bahagia Seksyen SS6,
47301 Kelana Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-6272 3677 Fax: 03-62724599

Saturday, August 29, 2009

Pakej berbuka puasa dan Sambutan Kemerdekaan


Pada 30hb Ogos 2009 ini akan diadakan Sambutan Kemerdekaan di Kelana Sentral selepas solat tarawikh.. antara yang menarik ialah persembahan nasyid Raihan, Saujana, Hijjaz, Rabbani dan Inteam, deklamasi puisi, persembahan tai chi (chin) oleh 10 orang imam yang didatangkan khas dari China dan banyak lagi. Semua dijemput hadir.


Selain itu, tempahan pakej berbuka puasa di Kelana Sentral masih dibuka untuk tempahan. Kepada badan kerajaan dan swasta yang berminat boleh hubungi Encik Syawal (H/P:012-6503699) ATAU terus datang ke lokasi beralamat;

Lot RG 8 Tingkat Bawah Kelana Sentral,
Jalan Bahagia Seksyen SS6,
47301 Kelana Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-6272 3677 Fax: 03-62724599

Harga istimewa ditawarkan. Kepuasan anda tanggungjawab kami.

Friday, August 28, 2009

Sekitar Rakaman Lagu Raya

Raihan dan Hujan telah membuat kolaborasi lagu raya bertajuk Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda. rakaman dilakukan di KS Studio, Cheras. Lagu dan lirik ditulis oleh Abu Bakar yang mengisahkan pengorbanan kedua ibubapa untuk membahagiakan anak-anak mereka di hari raya walaupun mereka kesempitan hidup. namun bila dikenangkan jasa-jasa mereka itu, tidak mampu kita membalasnya. Lagu ini menggabungkan susunan muzik oleh Hujan dan vokal harmoni Raihan. nantikan kemunculannya...check it out!

Jurukamera: AMIN

Proses recording sedang dijalankan

Susunan muzik oleh HUJAN

kerjasama RAIHAN dan HUJAN

berbual mesra dan bertukar-tukar pandangan

Thursday, August 27, 2009

Nada Dering "Doa Niat Puasa"


Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Sidang Media di Kelana Sentral

..
..
..
Pada 26 Ogos 2009 (Rabu), pihak Kelana Sentral Concourse dengan kerjasama Raihan telah mengadakan sidang media bagi mewar-warkan pakej Bufet Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan ini bermula dari 22 Ogos - 18 September 2009 yang bertujuan meraikan pembukaan Kelana Sentral Apartment. Bufet yang disediakan ini menyajikan sajian istimewa Arab dan Cina Muslim dengan harga yang berpatutan ( RM35 nett - Dewasa / RM20 nett - Kanak-kanak ). Selain pakej berbuka puasa, para tetamu juga akan dihiburkan dengan kumpulan nasyid tanah air seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana dan Inteam. Pakej lain yang disediakan ialah:
  • Hadiah menarik & Duit Raya untuk pengunjung bertuah.
  • Jualan Borong Tamar Madinah & Air Zam - Zam
  • Ruang Khas untuk bufet berkumpulan & korporat
  • Ruang solat disediakan.

Dalam sidang media ini, pihak Kelana Sentral turut menghebahkan tentang peluang perniagaan yang tersedia bagi individu dan syarikat yang berminat. Maklumat lanjut tentang tawaran ini adalah seperti berikut;

- Lot kedai & ruang niaga untuk disewa/dimiliki
- Lokasi strategik
- Ready customers dari penduduk setempat
- Promosi dan event sepanjang tahun
- Lokasi sedia untuk dilawati dan dibuka untuk tempahan
- Pejabat Jualan dibuka dari 10 pagi - 10 malam

Jika anda berminat dalam mana-mana tawaran di atas, anda boleh menghubungi Encik Syawal (H/P:012-6503699) ATAU terus datang ke lokasi beralamat;

Lot RG 8 Tingkat Bawah Kelana Sentral,
Jalan Bahagia Seksyen SS6,
47301 Kelana Jaya,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-6272 3677 Fax: 03-62724599


Tuan Hj. Abu Bakar selaku wakil Kelana Sentral sedang memberi taklimat. Turut bersama wakil-wakil kumpulan nasyid yang menjayakan program Bufet Ramadhan ini seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Inteam.






Saudara Zulfadli (Raihan) melaungkan azan maghrib bagi menandakan waktu berbuka puasa



Persembahan daripada kumpulan Raihan selepas solat Maghrib



Raihan beramah mesra dengan peminat cilik






Juadah Cina Muslim yang menyelerakan



Sajian istimewa Arab


Wednesday, August 26, 2009

Lagu Raya Bersama HUJAN

.....
.....
.....
Alhamdulillah Raihan baru sahaja selesai merakamkan single terbarunya. InsyaAllah sebelum tirai Hari Raya Aidil Fitri menjengah pada tahun ini, lagu raya featuring band HUJAN akan menemui anda di pasaran. Lagu yang santai ini mengketengahkan konsep berbeza yang pastinya menggamit nostalgia raya dalam masa yang sama membawa kita mensyukuri nikmat hari raya yang diraikan.

Bersama Kami Di KELANA SENTRAL

http://mytotallyproperty.com/blog1/wp-content/gallery/kelana-sentral/kelanasentral1.jpg

Di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, kami menjemput anda semua ke Kelana Sentral yang terletak di Kelana Jaya. InsyaAllah di sana kita akan bertemu untuk berbuka puasa dan mengimarahkan bulan yang mulia ini bersama-sama. Jumpa di sana...


Ahlan Wasahlan...


Terima kasih diucapkan kepada semua peminat kami atas sokongan yang kalian telah berikan selama ini. Blog ini sedang dalam pembinaan buat tatapan anda semua dan diharap segala teguran, cadangan, nasihat bagi meningkatkan kualiti blog ini dapat diberikah kepada kami.

Semoga Allah merahmati usaha kita..insyaAllah..
RAIHAN FRIENDS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates