Sunday, January 17, 2010

Musafir Pejuangan

Mini Album: Musafir Perjuangan



Alhamdulillah... akhirnya Raihan dengan kerjasama Syarikat HPA, telah berjaya menerbitkan mini album terbaharu. Mini album ini yang bertajuk Musafir Pejuangan menampilkan dua buah lagu iaitu Musafir Kelana dan "Allah is Calling". Di sini kami kongsikan video lagu Musafir Kelana. Untuk entri seterusnya, insyaAllah lagu dan lirik "Allah is Calling" akan dimuat naik. Semoga memberi manfaat.

Tajuk: Musafir Kelana

Mini Album: Musafir Perjuangan
Lagu / Lirik: Copyright Controlled
Penerbit: Bakafro

Berjalan Bermusafirlah

Melihat Keagungan Allah
Meninjau Menitilah Rahsia Ciptaan Allah
Ziarahilah Makam Kekasih Allah
Kenangilah Rasulullah
Bangunkan Jiwa Jihad Islami
Semangat Syuhada Ilahi

Marilah Bermusafir Laksanakan Tuntutan Jiwa
Bermusafir Berkelana
Luaskan Pandangan Saujana
Bermusafir Berkelana Kenallah Tuhan Maha Pencipta
Allahu Rabbi...

Berbekal Keimanan

Penyuluh Disepanjang Jalan
Mengharap Keredhaan

Doa Menjadi Kelaziman

Marilah Bermusafir Laksanakan Tuntutan Jiwa

Bermusafir Berkelana
Luaskan Pandangan Saujana
Bermusafir Berkelana Kenallah Tuhan Maha Pencipta
Allahu Rabbi...

Penat Lelah Mainan Safar

Tempuhi Ranjau Banyak Bersabar
Letih Lesu Tidak Menentu

Syurga Menjadi Idaman Kalbu

Marilah Bermusafir Laksanakan Tuntutan Jiwa
Bermusafir Berkelana
Luaskan Pandangan Saujana
Bermusafir Berkelana Kenallah Tuhan Maha Pencipta
Allahu Rabbi...


1 comments:

Hj.Hasnulhadi Bin Hassan said...

Syabas dan Tahniah yang tidak terhingga kepada kumpulan Raihan kerana telah membawa Nasyid Musafir Kelana sangatlah perfect, seperti mana yang memang yang didanbakan oleh penulis lirik dan melodi nasyid ini. Semoga ianya menjadi jariah dan menyumbang kepada Dakwah melalui nasyid,- Penulis lagu dan lirik Musafir Kelana-Hasnulhadi Hassan.

Post a Comment

RAIHAN FRIENDS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates