Wednesday, August 25, 2010

Lagu: SAMBUT RAMADHAN

Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Semoga segala ibadah yang kita lakukan dibulan mulia ini akan diterima oleh Allah rabbul jalil.

Untuk bonus bulan Ramadhan ini, Raihan telah menjalin usahasama dengan syarikat ANA MUSLIM Distributors Sdn Bhd, telah berjaya menghasilkan album nasyid animasi, vol. 2. Melalui album ini, Raihan ditampilkan secara istimewa melalui lagu Sambut Ramadhan. Para
peminat boleh mendengarkan lagu ini melalui music player di laman sosial Facebook Raihan Friends. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan album animasi ini di kedai-kedai kaset/cd/dvd yang berdekatan. Segala cadangan dan komen anda amat dialu-alukan.

Untuk melihat koleksi gambar ketika Majlis Perasmian Album Animasi ini pada 13 Ogos 2010 yang lalu, sila klik sini.





Sambut Ramadhan
Munsyid: Raihan feat. AnaMuslim


Bulan apakah yang penuh kemuliaan,
Bulan Ramadhan...
Di bulan apakah puasa diwajibkan,
Bulan Ramadhan...

Marilah kita sambut
kedatangan bulan suci Ramadhan
dengan hati gembira...
Hilangkanlah kesedihan
kegundahan di hatimu dan juga kegelisahan...
Sambut Ramadhan...

Di bulan apakah malam seribu bulan,
Bulan Ramadhan...
Di bulan apakah zakat fitrah diberikan,
Bulan Ramadhan...

Marilah kita sambut
kedatangan bulan suci Ramadhan
dengan hati gembira...
Hilangkanlah kesedihan
kegundahan di hatimu dan juga kegelisahan...

Marilah kita sambut
kedatangan bulan suci Ramadhan
dengan hati gembira...
Tingkatkanlah amal kebajikan
dengan solat berjamaah
dan bertilawah Quran,
Di bulan Ramadhan...

Sambut Ramadhan,
Dengan hati yang riang penuh ceria,
Hilangkan segala gundah,
Kesedihan,
Yang ada dalam hatimu,
Sambut Ramadhan,
Dengan penuh cinta,
Dengan penuh rasa,
Rindu dalam hatimu,
Dalam jiwa,
Senantiasa menantikan,
Redo Allah semata...
Sambut, sambut Ramadhan

Monday, April 26, 2010

RAIHAN Di Jakarta

Alhamdulillah...seperti mana yang telah dirancangkan, Raihan HPA baru sahaja selesai mengadakan "Konsert Nasyid Kemanusiaan Untuk Rakyat Palestin" di Jakarta (25 April '10) bertempat di Tennis Indoor Senayan, Indonesia. Segalanya berjalan dengan lancar dan sambutan hebat telah diberikan oleh warga Jakarta sepanjang konsert tersebut berlangsung . Dengan kehadiran penonton seramai lebih dari 3000 orang konsert ini menzahirkan keprihatinan kita kepada nasib saudara se-Islam kita yang berada di Palestin. Konsert ini juga menampilkan kumpulan nasyid Shoutul Harakah, Izzatul Islam, Justice Voice dan lain-lain. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Menteri Penerangan Indonesia. Di sini dikongsikan sebahagian daripada gambar-gambar konsert tersebut.

BEBASKAN AL QUDS!

Friday, April 23, 2010

Tempahan Tiket

Royal Festival Hall, London


Dengan kerjasama Southbank Centre, para peminat yang ingin membuat tempahan tiket untuk bersama-sama RAIHAN di Melt Down Festival di London boleh berbuat demikian melalui laman sesawang Southbank Centre.

Maklumat lanjut tentang konsert ini adalah seperti berikut:

Tempat : Royal Festival Hall, London, United Kingdom
Tarikh : 13 Jun 2010
Masa : 9.30 am - 12.30 pm

Semoga kehadiran sahabat semua dapat memeriahkan lagi konsert tersebut.

(Dari kiri) Zulfadli, Che Amran, Abu Bakar dan Amran

Tuesday, April 13, 2010

Kemaskini aktiviti RAIHAN



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Dengan izin Allah jualah Raihan dapat meneruskan perjuagan dalam bidang nasyid serta menyebarkan syiarNya di muka bumi ini. Buat peminat Raihan semua, di sini kami kongsikan beberapa aktiviti Raihan di luar Semenanjung Malaysia hingga bulan Julai 2010. Aktiviti ini bagaimanapun mungkin akan berubah dari semasa ke semasa . Raihan juga masih menjalankan promosi dan persembahan di sekitar Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia. Semoga kita dapat berjumpa di lokasi-lokasi tersebut. Sokongan dan doa kalian amat kami hargai...


Bil.

Lokasi

Tarikh

1.

Jakarta, Indonesia

24 – 26 April 2010

2.

Kota Kinabalu, Sabah

29, 30 April – 1 Mei 2010

3.

Irian Jaya, Indonesia

18 – 22 Mei 2010

4.

Perth, Australia

- Majlis Pelancaran Album Genius Aulad

25 – 31 Mei, 1 Jun 2010

5.

Konsert di United Kingdom sempena Melt Down Festival.

10 – 16 Jun 2010

6.

Australia (Melbourne dan Brisbane)

19 – 25 Julai 2010


Thursday, March 25, 2010

PELANCARAN MELAKA HALAL HUB DAN KONSERT HPA RAIHAN


Sumber: HPA Industries

Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan


Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan:


Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 pg dan 8.00 mlm.


Tetamu Kehormat :

1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
2. YB Ir. Hj. Ismail bin Othman
3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.

Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita…

Sekian dimaklumkan…

RAIHAN FRIENDS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates